Mana satu yg lebih berat?


Wanita


-Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
-Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
-Saksinya kurang berbanding lelaki.
-Menerima pusaka kurang dari lelaki.
-Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
-Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
-Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
-Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Aku kata, "Sebab tu la Sister in Islam wujud kot."

Lelaki

-Anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
-Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis dara ditanggung oleh bapanya.
-Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
-Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
-Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Aku kata, "Jangan tanya sebab kenapalah kajian sains kata umur lelaki lebih pendek dari wanita. Tuhan tarik nyawa awal. Tanggungjawab dan dosa-dosa tak larat nak tanggunglah kot."

Kesimpulan,

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu itu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat itu dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 orang wanita; isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki; suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja; sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah.

Aku kata lagi, "Tapi kenapa Nabi disaksikan ketika peristiwa agung Isra' Mi'raj yang orang perempuan adalah penduduk neraka yang paling ramai?" Fikir2kan.

Aku melihat lalu berfikir...


sumber: http://ahlifiqirmatematik.via.my/2009/05/susah-menjadi-lelaki-atau-perempuan.html

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
;

About Me

My photo
Kangar, Perlis, Malaysia
Assalamualaikum... nama diberi Muhammad Hafiz Bin Hakimi. Dilahirkan pada 3 Muharram 1410 bersamaan 6 Ogos 1989 di Hospital Besar Kajang,selangor. under graduate UKM. Bachelor Of Information Technology (Multimedia)(2008-present) "History doesn't repeat itself but AWAKEN!!!"

About this blog

Bagaimana Kau Merasa Bangga
Akan Dunia Yg Sementara
Bagaimanakah Bila Semua Hilang dan Pergi
Meninggalkan Dirimu

Bagaimanakah Bila Saatnya
Waktu Terhenti Tak Kau Sadari
Masikah Ada Jalan Bagimu Untuk Kembali
Mengulangkan Masa Lalu

Dunia Dipenuhi Dengan Hiasan
Semua dan Segala Yg Ada Akan
Kembali Padanya

Bila Waktu Tlah Memenggil
Teman Sejati Hanyalah Amal
Bila Waktu Telah Terhenti
Teman Sejati Tingallah Sepi
Photobucket