Melepaskan Ketensionan!!!

Baru2 ni kteorg gi lepaskn tension xm kt genting...

org len x abes lg xm tp kteorg gi enjoy dulu...huhu...

sori kpd sesape yg x dpt ikut or xm mase aritu..huhu...



Ni masa kteorg nek cabel car.

best gak nek cabel car...First time nek mcm nk terjun keluar je.huhu...





Ni kt hotel First World...

semlman RM130 kalu x silap...

sebilik 4 org...tempah 3 bilik je..huhu...





Hahaha...oleh kerna nk berjimat, so kteorg terpaksa la msk sendiri...

perkakas sume di bwk oleh ydp pertama kte, bro Zul.huhu...

yg jd chefnye ak la...huhu...terpaksa msk dlm toilet psl de pengesan asap kt dlm bilik...




Ak la tukang masak...huhu...msk nasi goreng

je...nk kata sedap x la sangat...tp bdk pOmpn siap

mntk tmbh lg..huhu...dh masing2 lapar, pape pn

sedap..x gitu? huhu...



Lps je mkn kteorg g la merayau2 sekitar genting...

ni masa men snuker...sume brlgk pro...tp sbnrnya

x pandai men...tp pape pn ak juara...psl berjaya

msukkn berjaya masukkn bola

hitam.Wahahaha...







Dalam duk jln2 tu tetiba suasana kt genting jd gelap...

mne x gelap dh time tu mlm.huhu...

tetiba muncul satu lembaga yg x semena2 muncul

dpn ak pastu trus cekik ak...naseb bek ak x mati...Hahaha...

bkn mati psl tercekik ke or terkezut, tp mati psl x

thn gelak tgk gelagat rangka tu kacO org.huhu...




Ni masa nek kapal....s akit ati nek bende ni...

bkn sakit ati psl kecewa ke or mrh tp ati rasa

sakit n nyilu je nek bende ni....rasa gayat yg

melampau.huhu...







ni la game yg paling mencabar keberanian...

kali ni ak x men pn bende ni...mls nk men...

tiap2 kali nk men mesti rasa berdebar...

masa nek bende ni, ya Allah..rasa menyesal pn

ade masa smpe kt puncak...tinggi sangat...

masa jatuh kali pertama tu yg rasa mcm nk

tercabut je nyawa ni..huhu..jatuh

bebas...punggung x sentuh kerusi pn...rasa mcm terjun dari klcc je..huhu..

tp pape pn ak dh men bende ni 3 kali...cume kali ni je x nek psl ramai sangat org...



ni mase men sungai rejang...mmg best...abes kteorg basah..huhu...
Before...

after...




Pape pn mmg best la g genting dgn bebdk PERTAMA ni...
len kali kalu nk g mne2 jgn lupa ajak ak lg ekk..huhu..Sekian...

I'm Back!!!

Assalamualaikum sume...

Gomen2...lama x post blog...bkn mls tp tension psl internet kt rmh lembap mcm siput **** je...huhu...maklum la pakai dail up je...mntk kt parents nk pakai streamyx x dpt...ye la diorg mne nk guna internet sangat...kte yg balik bercuti ni je yg nk guna...nk pakai broadband x berbaloi plak psl balik U nnt de wifi...dh la kene byr...x guna rugi plak..hmm...

Hmm...dh seminggu ak duduk kt rmh..boring tOl...xde sesape pn kt rmh...akak duk kt maktab, adek plak duk asrama, parents busy dgn keje...tinggal la ak yg lonely ni sesorg kt rmh...huhu..
xtaw nk wtpe...nk pegang buku rasa mls plak...buka tv xde rancangan yg bermanfaat langsung...byk sangat hiburan smpe nek pening tgk...lyn anime OP lg best.huhu...

ptg2 plak selalunye g jogging kt denai larian...tp jogging bkn nk kuruskn bdn ke ape ke...just suke2 nk bg kuar peluh ckit...nk bg bdn ni aktif ckit...ape org kata? bdn sihat, otak cerdas? harap2 mcm tu la..huhu...

pape pn isi la masa cuti ni dgn aktiviti2 yg bermanfaat. Kalu nk keje pn cari la keje yg halal...jgn nmpk gaji lumayan tp keje xtaw halal ke haram...Sekian...

Sape yg plg comei?

Waah...Homesick sudah melanda...teringat kt adek2 sepupuku yg cute2 tuh...

x sabar nk balik...lame dh x jmpe dgn bebdk tu...dh besar ke blOm bebdk tu..hahaha...

mesti la makin membesar...mne de org makin mengecil..ape la...huhu...

pape pn kt bwh ni adek2 sepupu ak yg cute...korg pilih la yg mne satu plg cute...hehe...


Calon 1 : Aiman

Calon 2 : Asyraf

Calon 3 : Harith Luqman

Calon 4 : Daanish Luqman

Calon 5 : Hanan

Calon 6 : ???

Hai...sume adek sepupu...anak kepada mak n pak sedara...yg kte ni bile lg? huhu...

insyaAllah...kalu umurku panjang, smpai la giliran ak plak..huhu..

pape pn ak mmg miss tOl kt diorg ni...hee...

Ooo..balik kampung...wOohOo..balik kampung...


Alhamdulillah...Akhirnya...tamat la sudah final xm sem 2, thn 1...

Sem dpn jd senior plak...jmpe dgn adek2 junior..hehehe...

junior la sangat...ntah2 de yg mak bdk or bapak bdk yg jd junior ak nnt..hahaha...ye la...ramai bdk diploma kt FTSM ni...

Hmm...cadang nk balik ari ni...balik nek motor. dr UKM ke Perlis...ade la dlm 12 jam...tp x jd plak, kwn yg nk balik skali tu masuk silat utk masum nnt...pastu de kwn ajk p Genting esok...

Alang2 dh ajak..jOin je la...

Isnin minggu dpn plak de kem suksis...dr 11-16 mei...tu sbb la ak x jd balik...lepak kt kolej smpe hari last, 10 mei ni..pastu merempat la kt mne2...esoknyer baru la pegi kem suksis.huhu...x sabar nk g...

Mana satu yg lebih berat?


Wanita


-Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
-Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
-Saksinya kurang berbanding lelaki.
-Menerima pusaka kurang dari lelaki.
-Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
-Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
-Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
-Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Aku kata, "Sebab tu la Sister in Islam wujud kot."

Lelaki

-Anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
-Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis dara ditanggung oleh bapanya.
-Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
-Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
-Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Aku kata, "Jangan tanya sebab kenapalah kajian sains kata umur lelaki lebih pendek dari wanita. Tuhan tarik nyawa awal. Tanggungjawab dan dosa-dosa tak larat nak tanggunglah kot."

Kesimpulan,

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu itu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat itu dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 orang wanita; isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki; suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja; sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah.

Aku kata lagi, "Tapi kenapa Nabi disaksikan ketika peristiwa agung Isra' Mi'raj yang orang perempuan adalah penduduk neraka yang paling ramai?" Fikir2kan.

Aku melihat lalu berfikir...


sumber: http://ahlifiqirmatematik.via.my/2009/05/susah-menjadi-lelaki-atau-perempuan.html

Isteri pertamaku...


Awak sudi jadi isteri kedua saya?? tanya Fikri tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!? pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya?? Fatimah mula sebak.

Tak. Maksud saya...

Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup! potong Fatimah dengan kasar.

Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?? suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

Ada hikmah, bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, 

Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri. sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. 

Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak.

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

Awak sudi jadi isteri kedua saya?? tanya Fikri tanpa segan silu.

Sudi, jawab Nusaibah ringkas.

Er, betul ke ni?? tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

Kenapa saya?? tanya Fikri ingin tahu.

Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,? jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

Baiklah, jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

Abang, saya nak tanya boleh?? sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

Ye sayang?? jawab Fikri sambil memandu.

Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang, luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa, Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

Yeke? Dia datang program tu rupanya, jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

Kita dah sampai,? Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

Itu isteri pertama abang, Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

Mana bang?? Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

Tak nampak pun, Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

Siapa nama isteri pertama abang?? Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

Perjuangan,jawab Fikri.

sumber: ILuvIslam

Kos IT tp bljr LAW ?


Hai...de xm undang2 plak ni... ape pn x study lg...xtaw nk jwb cmne nnt...

nk baca pn sume fakta...byk sangat..pening2...huhu...

amek kos IT tapi bljr undang2? pelik2...hahaha...

tp xpe...nasib bek sume objektif...abes2 sangat xtaw, tembak je...guna M16.Wahahaha...

harap soalan senang...kalu x dpt skor A yg ni rugi je...Sekian...

Gadis berniqab ? Hmm...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulilah, internet connection dh ok...so bole la ak start merapu.hahaha...

emm...ari ni nk crite psl pe ekk?

Ha! ak baru je abes baca cerpen yg bertajuk "Gadis Berniqab"...

ape tu berniqab? kalu berpurdah tu ak taw la...rerupanya same je mksd...huhu...

Crite tu tentang seorg gadis yg bernama Humaira. Dia seorg pljr UIA yg ingin berpudah setelah berlaku beberapa peristiwa...emm..xleh nk crite la...Gomen2..(sori2)..huhu..kalu crite kt cni xbest la...shbt2 bole membaca cerpen tu kt cnihttp://lobaitampin.blogspot.com/search/label/cerpen%20gadis%20berniqab

sbnrnya cerpen tu x abes lg...ade sambungan lg...x sabar nk tunggu smbgn cerpen tu.hee...

so pape pn nantikan smbgn cerpen seterusnya...Harap shbt2 menghayati cerpen tersebut.

~Selamat Membaca~

Blog Widget by LinkWithin
;

About Me

My photo
Kangar, Perlis, Malaysia
Assalamualaikum... nama diberi Muhammad Hafiz Bin Hakimi. Dilahirkan pada 3 Muharram 1410 bersamaan 6 Ogos 1989 di Hospital Besar Kajang,selangor. under graduate UKM. Bachelor Of Information Technology (Multimedia)(2008-present) "History doesn't repeat itself but AWAKEN!!!"

About this blog

Bagaimana Kau Merasa Bangga
Akan Dunia Yg Sementara
Bagaimanakah Bila Semua Hilang dan Pergi
Meninggalkan Dirimu

Bagaimanakah Bila Saatnya
Waktu Terhenti Tak Kau Sadari
Masikah Ada Jalan Bagimu Untuk Kembali
Mengulangkan Masa Lalu

Dunia Dipenuhi Dengan Hiasan
Semua dan Segala Yg Ada Akan
Kembali Padanya

Bila Waktu Tlah Memenggil
Teman Sejati Hanyalah Amal
Bila Waktu Telah Terhenti
Teman Sejati Tingallah Sepi