SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan

berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh

Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
 

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita.

Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-

rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk'

kepada kita? 


Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

 

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang

pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah

masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini

dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa a

dalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha

besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. 


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan

Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain

menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba

Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu

siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah

bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan

sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang

menganiayai diri sendiri. 


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Sumber : http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadimmah.htm

Thank you to my rOomate...


Hari ni aku nak cerita sikit pasal makanan...

makanan yang aku paparkan kat atas tu bukan la makanan malaysia...tp makanan dari timur

tengah...

Jam menunjukkan pukul 1 ptg...tetiba enset daunku bergegar (vibrate mode)

aku mendapat mesej dari rOomateku...beliau mengajakku lunch tapi lepas abes kelas la...

dalam kul 4 camtu baru la beliau balik dari kelas...perutku berbunyi tak henti-henti dari tengah

hari lagi...

lalu beliau mengajakku keluar makan tapi lepas asar la..katanya..Adus..terpaksa aku menunggu

lagi...huhu..

setelah selesai solat asar disurau, rOomateku mengajak makan di sebuah kedai yang 'special'...

kat kedai tu just faham 2 bahasa je...bahasa arab dengan english...mana tak nye..kedai pak arab

yang rOomateku bawak...ni mesti terpengaruh dengan lecturer dia la ni...huhu..lecturer dia

syorkan kedai Jabal Lubnan, dekat belakang hentian kajang...

kami pun pergi laa...setibanya kami didepan kedai tersebut, tiada sorang pelanggan pun

lagi...jam menunjukkan jam 5.20 ptg...kiranya kami la pelanggan pertama buat petang tu...

masa nak pilih makanan tu, aku tak taw nak pilih...mana tak..tulis dalam BA mana la aku nak

paham...tapi ada BI jugak..huhu...masalahnya takde gambar...so tak dapat nak imagine..huhu..

last-last kami order grill meat kebab, meat kabsah, fresh orange and laban...

kami pun berimaginasi laa...macam mana rupa makanan tu...maklum laa..harga semua RM 5 ke

atas...pastu fikir mesti banyak...maklum laa..orang arab kan makan banyak..tu sebab badan pun

besar..huhu...

dalam 20 minit menunggu...sampai jugak makanan...jangkaan kami meleset...makanan yang

dihidangkan tak seperti yang difikirkan...

grill meat kebab : daging 2 cucuk + french fries + daun salad n timun n tomato + 2 roti pita kosong...RM8.00

meat kabsah : nasi kuning + daging kambing (seperti dalam gambar) RM9.00

laban : susu arab yang masam lagi masin...rasa pelik jer...RM4.00

Fresh Orange : jus oren laa...RM2.50

tergelak kami berdua tengok makanan tu memang jauh dari ape yang diimaginasikan..huhu..

nasi yang aku makan tu takde kuah dia bagi sambal je.. so aku pun mintak la sos cili rasa manis

la cikit nanti..

pak arab tu tengok semacam je...aku dapat agak yang dia ingat aku nak mintak sambal

lagi..padahal aku nak mintak sos cili...lalu pak arab tu sebut satu perkataan dalam bahasa

arab..aku tak paham so aku men angguk jer...last-last dia bawak sup kosong...tergelak lagi kami

berdua...dia dapat agak yang dia salah so dia tanya aku...aku pun kata betul la tu 'sos

cili'..hahaha...'sos cili' dia memang best...huhu..

tak berapa lama tu kami terserempak dengan lecturer fpi...ustaz tu memang selalu datang

makan kat situ...sedap katanya..biasa ja bagi aku...ustaz tu syorkan kami makan nasi arab yang

harga RM30 untuk 3 orang arab makan...kalu orang malaysia yang makan hidangan tu boleh la

dalam 5-6 orang makan...dengan teh arab memang layan kata ustaz tuh...

the moral of the story : jimat-jimat la berbelanje tu..jangan fikir nak makan sedap-sedap je..(padahal rasa besa je..) huhu...

Alhamdulillah...Akhirnya...

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kepada

Allah kerana telah memberikan aku kesempatan

untuk mendalami ilmu...akhirnya...abes jugak

pengajian aku di UKM selama 3 tahun ni...

Memang struggle gile...maklum laa..amek 2

degree serentak...degree multimedia dan usuludin/falsafah...

memang x sempat nak join pape...tumpu kat study je...

berkat dari kesabaran dalam menghadapi

cabaran dan halangan semasa menuntut ilmu, akhirnya aku dapat juga menghabiskan pengajian

aku dan mendapat 2 degree serentak pada tahun yang sama...

akhir kata, aku ingin mengucapkan ribuan terima kepada parents aku yang banyak

menghabiskan duit hantar aku masuk UKM ni...

x lupa juga kepada kekawan dan lecturer yang banyak membantu dan memberi semangat untuk

aku menghabiskan juga 2 degree ni dengan serentak...

tanpa mereka memang aku x mampu untuk meneruskan pengajian ini...

sekian terima kasih...

p/s : cerita di atas adalah rekaan semata-mata...tiada kaitan samada yang masih hidup mahu

pun yang dah meninggal dunia...cerita ini direka atas rasa sesuke ati aku...tapi pada hakikatnya

memang impian aku ingin mendalami ilmu tersebut...kalau boleh nak wat 2 degree

serentak..hehe..tapi risiko cukup tinggi kalau tidak pandai manage masa dengan betul...walau

apa pun, aku harap aku dapat menghabiskan pengajian aku di bumi UKM ini..insyaAllah...

Gambar : yang jubah kaler merah tu pinjam dengan senior ftsm abang faizal, yang jubah kaler

hitam tu pulak pinjam dengan abang sepupu fakulti pendidikan islam...pak ngah dan mak ngah x

dapat datang atas masalah kesihatan...kesian kat abang Mi..so aku sorang je la yang jadi wakil

untuk family abang Mi...pape pun tahniah la kat abang faizal dan abang Mi yang dah grade...

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Fazley, Abang Faizal dan Aku...                         

KURMA ISRAEL...

Assalamualaikum sume...

memandangkan ramai yang menghantar ym

tentang kurma ni, so aku pun search la kat google

browser...

ternyata kurma ni memang wujud dan ramai yang

bercerita tentang kurma ni...

'Jordan River'...nama dah sedap, tapi tak sangka orang yahudi punye...

ape yang aku dapat taw kurma ni ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang

bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-

pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-

orang Yahudi.

lepas tu diimport serta dikotakkan di singapore, pastu  edar ke Malaysia...

tapi aku tak pernah nampak jenama ni kat malaysia...so aku tak pernah makan la...

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura...

Harap kita boikot sume barangan israel nih...takbir! Allahuakhbar!!!

Tak Nak laa...


Oleh: Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal

diedit bahasa oleh Mohd Masri

Cinta kepada lawan jantina merupakan hal yang fitrah bagi manusia. Ini kerana sebab cintalah, kelangsungan hidup manusia boleh terjaga. Oleh sebab itu, Allah Ta’ala menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan kenikmatan bagi penghuni syurga. Islam sebagai agama yang sempurna juga telah mengatur bagaimana menyalurkan fitrah cinta tersebut dalam syariatnya yang rahmatan lil ‘alamin. Namun, bagaimanakah jika cinta itu disalurkan melalui cara yang tidak syar`i? Fenomena itulah yang melanda hampir sebahagian besar anak muda saat ini. Penyaluran cinta ala mereka biasa disebut dengan ‘coupling’. Berikut adalah beberapa tinjauan syari’at Islam mengenai ‘coupling’.

Ajaran Islam Melarang Mendekati Zina

Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isro’ [17]: 32)

Dalam Tafsir Jalalain dikatakan bahawa larangan dalam ayat ini lebih keras daripada perkataan ‘Janganlah melakukannya’. Ertinya bahawa jika kita mendekati zina saja tidak boleh, apalagi sampai melakukan zina, jelas-jelas lebih terlarang. Asy Syaukani dalam Fathul Qodir mengatakan, ”Apabila perantara kepada sesuatu sahaja dilarang, tentu saja tujuannya juga haram dilihat daripada maksud pembicaraan.”

Dilihat dari perkataan Asy Syaukani ini, maka kita dapat simpulkan bahawa setiap jalan (perantara) menuju zina adalah suatu yang terlarang. Ini bererti memandang, berjabat tangan, berduaan dan bentuk perbuatan lain yang dilakukan dengan lawan jantina kerana hal itu sebagai perantara kepada zina adalah suatu hal yang terlarang.

Islam Memerintahkan untuk Menundukkan Pandangan

Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jantina. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah kepada lelaki yang beriman : ”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. An Nuur [24]: 30 )

Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat pertama di atas mengatakan, ”Ayat ini merupakan perintah Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka dari hal-hal yang haram. Janganlah mereka melihat kecuali pada apa yang dihalalkan bagi mereka untuk dilihat (iaitu pada isteri dan mahramnya). Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan daripada hal-hal yang haram. Jika memang mereka tiba-tiba melihat sesuatu yang haram itu dengan tidak sengaja, maka hendaklah mereka memalingkan pandangannya dengan segera.”

Ketika menafsirkan ayat kedua di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, ”Firman Allah (yang ertinya) ‘katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka’ iaitu hendaklah mereka menundukkannya daripada apa yang Allah haramkan dengan melihat kepada orang lain selain suaminya. Oleh kerana itu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh seorang wanita melihat lelaki lain (selain suami atau mahramnya, pen) baik dengan syahwat dan tanpa syahwat. … Sebahagian ulama lainnya berpendapat tentang bolehnya melihat lelaki lain dengan tanpa syahwat.”

Lalu bagaimana jika kita tidak sengaja memandang lawan jantina?

Daripada Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770)

Faedah daripada menundukkan pandangan, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang ertinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” iaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Katsir –semoga Allah merahmati beliau- ketika menafsirkan ayat ini. –Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya-

Agama Islam Melarang Berduaan dengan Lawan jantina

Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya.” (HR. Bukhari, no. 5233)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini sahih lighairihi)

Jabat Tangan dengan Lawan jantina Termasuk yang Dilarang

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap anak Adam telah ditakdirkan bahagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)

Jika kita melihat pada hadits di atas, menyentuh lawan jantina -yang bukan isteri atau mahram- diistilahkan dengan berzina. Hal ini bererti menyentuh lawan jantina adalah perbuatan yang haram kerana berdasarkan kaedah ushul “apabila sesuatu dinamakan dengan sesuatu lain yang haram, maka menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram”. (Lihat Taysir Ilmi Ushul Fiqh, Abdullah bin Yusuf Al Juda’i)

Meninjau Fenomena ‘coupling’

Setelah paparan kami di atas, jika kita meninjau fenomena ‘coupling’ saat ini pasti ada perbuatan-perbuatan yang dilarang di atas. Kita dapat melihat bahawa bentuk ‘coupling’ boleh mendekati zina. Semula diawali dengan pandangan mata terlebih dahulu. Lalu pandangan itu mengendap di hati. Kemudian timbul hasrat untuk jalan berdua. Lalu berani berdua-duan di tempat yang sepi. Setelah itu bersentuhan dengan pasangan. Lalu dilanjutkan dengan ciuman. Akhirnya, sebagai pembuktian cinta dibuktikan dengan berzina. –Naudzu billahi min dzalik-. Lalu pintu mana lagi paling lebar dan paling dekat dengan ruang perzinaan melebihi pintu ‘coupling’?!

Mungkinkah ada ‘coupling’ Islami? Sungguh, ‘coupling’ yang dilakukan saat ini bahkan yang dilabeli dengan ’’coupling’ Islami’ tidak mungkin boleh terhindar dari larangan-larangan di atas. Renungkanlah hal ini!

Mustahil Ada ‘coupling’ Islami

Salah seorang dai terkemuka pernah ditanya, ”Sebelum nikah dahulu, apa sempat ber ’coupling’?”

Dengan diplomasi, si dai menjawab,”‘coupling’ seperti apa dulu? Kami dulu juga ber’coupling’, tapi ber’coupling’ secara Islami. Wah, bagaimana caranya? Kami juga sering berjalan-jalan ke tempat rekreasi, tapi tak pernah berdua-duaan. Kami juga tiak pernah melakukan yang bukan-bukan seperti ciuman, pelukan, apalagi –wal ‘iyyadzubillah- berzina.

Fenomena berfikir seperti itu, jelasnya bukan hanya milik si dai. Bahkan ramai kalangan kaum muslimin yang masih berpandangan, bahawa ‘coupling’ itu sah-sah saja, asalkan tetap menjaga diri masing-masing. Ungkapan itu ibarat kalimat, “Mandi boleh, asal jangan basah.” Ungkapan yang hakikatnya tidak berwujud. Kerana ber’coupling’ itu sendiri, dalam makna apapun yang difahami orang-orang sekarang ini, tidaklah dibenarkan dalam Islam. Kecuali kalau sekedar melakukan nazhar (melihat calon isteri sebelum dinikahi, dengan didampingi mahramnya), itu dianggap sebagai ‘coupling’. Atau setidaknya, diistilahkan demikian. Namun itu sungguh merupakan kekacauan istilah. Istilah ‘coupling’ sudah jelas difahami sebagai hubungan lebih intim antara sepasang kekasih, yang diaplikasikan dengan jalan berdua, jalan-jalan, saling berkirim surat, ber SMS riang, dan berbagai hal lain, yang jelas-jelas dimasuki oleh banyak hal-hal haram, seperti pandangan haram, bayangan haram, dan banyak hal-hal lain yang bertentangan dengan syariat. Bila kemudian ada istilah ‘coupling’ yang Islami, sama halnya dengan memaksakan adanya istilah, meneguk minuman keras yang Islami. Mungkin, kerana minuman keras itu di teguk di dalam masjid. Atau zina yang Islami, judi yang Islami, dan sejenisnya. Kalaupun ada aktiviti tertentu yang halal, kemudian di labeli nama-nama perbuatan haram tersebut, jelas terlalu dipaksakan, dan sama sekali tidak bermanfaat.

‘Coupling’ Terbaik adalah Setelah Nikah

Islam yang sempurna telah mengatur hubungan dengan lawan jantina. Hubungan ini telah diatur dalam syariat suci iaitu pernikahan. Pernikahan yang benar dalam Islam juga bukanlah yang diawali dengan ‘coupling’, tapi dengan mengenal ciri-ciricalon pasangan tanpa melanggar syariat. Melalui pernikahan inilah akan dirasakan percintaan yang hakiki dan berbeza dengan ‘coupling’ yang cintanya hanya cinta bualan.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kami tidak pernah mengetahui penyelesaian untuk dua orang yang saling mencintai semisal pernikahan.” (HR. Ibnu Majah no. 1920. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani)

Kalau belum mampu menikah, tahanlah diri dengan berpuasa. Rasulullah shallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk menikah, maka menikahlah. Kerana itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu bagaikan kebiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ibnul Qayyim berkata, ”Hubungan intim tanpa pernikahan adalah haram dan merosak cinta, malah cinta di antara keduanya akan berakhir dengan sikap saling membenci dan bermusuhan, kerana bila keduanya telah merasakan kelazatan dan cita rasa cinta, tidak boleh tidak akan timbul keinginan lain yang belum diperolehinya.”

Cinta sejati akan ditemui di dalam pernikahan yang dilandasi oleh rasa cinta pada-Nya. Mudah-mudahan Allah memudahkan kita semua untuk menjalankan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Allahumma inna nas’aluka ’ilman nafi’a wa rizqon thoyyiban wa ’amalan mutaqobbbalan. [Muhammad Abduh Tuasikal]

Sumber : http://lobaitampin.blogspot.com/2009/07/wujudkah-coupling-islami.html

Nisfu Syaaban


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki." 

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya 


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman 

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban) 

Sumber : http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

How to be a great leader


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:


1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.


2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).


3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.


5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.


6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.


7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.


8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.


9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.


10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.


11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.


12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.


14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Sumber: mujahidmuda-fendi.blogspot.com



Mana hadiah aku ni?


Alhamdulillah...akhirnya sampai jugak umur aku 20...
dah makin tua dah aku ni...dah masuk puluhan la katakan..huhu..
walau camne pun, aku kene lebih serius dalam menempuh hidup ini...
aku berazam mahu lebih serius dalam segala aspek...
kene fikirkan masa depan yang belum menentu ni...
tapi apa yang penting sekarang ni, kene perbaiki diri dulu...sebelum pergi lebih jauh...
apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih sesangat kat parents aku yang telah melahirkan aku
tak lupa juga kat kekawan yang selalu support aku...
~Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-20 Hafiz...~
Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan...insyaAllah...

Blog Widget by LinkWithin
;

About Me

My photo
Kangar, Perlis, Malaysia
Assalamualaikum... nama diberi Muhammad Hafiz Bin Hakimi. Dilahirkan pada 3 Muharram 1410 bersamaan 6 Ogos 1989 di Hospital Besar Kajang,selangor. under graduate UKM. Bachelor Of Information Technology (Multimedia)(2008-present) "History doesn't repeat itself but AWAKEN!!!"

About this blog

Bagaimana Kau Merasa Bangga
Akan Dunia Yg Sementara
Bagaimanakah Bila Semua Hilang dan Pergi
Meninggalkan Dirimu

Bagaimanakah Bila Saatnya
Waktu Terhenti Tak Kau Sadari
Masikah Ada Jalan Bagimu Untuk Kembali
Mengulangkan Masa Lalu

Dunia Dipenuhi Dengan Hiasan
Semua dan Segala Yg Ada Akan
Kembali Padanya

Bila Waktu Tlah Memenggil
Teman Sejati Hanyalah Amal
Bila Waktu Telah Terhenti
Teman Sejati Tingallah Sepi