How to be a great leader


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:


1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.


2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).


3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.


5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.


6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.


7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.


8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.


9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.


10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.


11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.


12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.


14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Sumber: mujahidmuda-fendi.blogspot.com



0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
;

About Me

My photo
Kangar, Perlis, Malaysia
Assalamualaikum... nama diberi Muhammad Hafiz Bin Hakimi. Dilahirkan pada 3 Muharram 1410 bersamaan 6 Ogos 1989 di Hospital Besar Kajang,selangor. under graduate UKM. Bachelor Of Information Technology (Multimedia)(2008-present) "History doesn't repeat itself but AWAKEN!!!"

About this blog

Bagaimana Kau Merasa Bangga
Akan Dunia Yg Sementara
Bagaimanakah Bila Semua Hilang dan Pergi
Meninggalkan Dirimu

Bagaimanakah Bila Saatnya
Waktu Terhenti Tak Kau Sadari
Masikah Ada Jalan Bagimu Untuk Kembali
Mengulangkan Masa Lalu

Dunia Dipenuhi Dengan Hiasan
Semua dan Segala Yg Ada Akan
Kembali Padanya

Bila Waktu Tlah Memenggil
Teman Sejati Hanyalah Amal
Bila Waktu Telah Terhenti
Teman Sejati Tingallah Sepi
Photobucket