;

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan

berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh

Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
 

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita.

Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-

rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk'

kepada kita? 


Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

 

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang

pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah

masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini

dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa a

dalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha

besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. 


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan

Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain

menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba

Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu

siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah

bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan

sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang

menganiayai diri sendiri. 


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Sumber : http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadimmah.htm

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
;

About Me

My Photo
Hafiz Hakimi
Kangar, Perlis, Malaysia
Assalamualaikum... nama diberi Muhammad Hafiz Bin Hakimi. Dilahirkan pada 3 Muharram 1410 bersamaan 6 Ogos 1989 di Hospital Besar Kajang,selangor. Sekarang menetap di Perlis Darul Sunnah. Anak ke-2 dr 4 beradik. under graduate UKM. Bachelor Of Information Technology (Multimedia)(2008-present) "History doesn't repeat itself but AWAKEN!!!"
View my complete profile

About this blog

Blog ni lebih kepada tentang diri aku...

tentang persekitaran...

tentang bulan...?

tentangan...

last skali tentang ape2 pun bole...janji korg baca n bg komen yer...

Syukran/trima kasih/thank U/arigato coz sudi view my blog...

(^_^)